Master Cam
Proses Cad(Computer-Aided Design)/Cam (Computer-Aided Manufacturing)merupakan kaedah terkini dalam penghasilan produk. Master Cam Banyak digunakan dalam menggantikan proses tradisional melarik dan mengisar bagi pembangunan produk secara automatik. Kebanyakan industri pembuatan menggunakan peralatan master cam bagi meningkatkan produktiviti. Pelbagai jenis pemotongan dilakukan oleh mastercam bergantung kepada kepersisan dan ketepatan dimensi produk. Mesin Wirecut dan waterjet digunakan untuk produk berukuran toleransi yang tinggi. Mesin mastercam mampu menyokong penggunaan aplikasi 3D CAD software seperti UGS Corp, PTC, Delcam, Planit-Edgecam, OneCNC, GibbsCAM, SurfCAM, CNC(Mastercam) dan BobCAD-CAM bagi proses rekabentuk dan penghasilan produk.
gambarajah di bawah menunjukkan lukisan 2D produk sebelum dimasukkan kepada CAM Software untuk ditukarkan kepada G kod bagi proses pemesinan. G kod menghubungkan 2 aplikasi penting CAD dan CAM. Proses paling penting dalam penggunaan sistem G Kod adalah apabila pertukaran mata alat ketika pemotongan dilakukan secara automatik dari bekas mata alat. Mata alat yang terlibat adalah mata alat bagi gerudi, pengisar dan sebagainya. Ini membolehkan proses rumit seperti menebuk, melarik dan mengisar dapat dilakukan serentak.
Gambar proses Mengisar menggunakan CNC Cad/Cam
En. Hilman menunjukkan kaedah yang betul dan sistematik menggunakan Mesin CNC Cad/Cam
Video Penggunaan CAD/CAM Machnine. Amat berguna untuk pembangunan prototype product bagi projek Master SKIT7
Mini Cad/Cam
High Speed Cad/Cam
Friday, April 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment