Wednesday, June 24, 2009

SLurl for VIJC

Virtual Interview Job Centre

Friday, April 24, 2009

Asignment Dr Shahizan : ADempiere - Open Source Talk

Open Source Talk

Pada 7 April 2009, Open Source Talk dianjurkan oleh Syarikat Energetic Point Sdn. Bhd telah diadakan di N24 UTM Skudai. Penceramah jemputan adalah Encik Redhuan D.Oon, pengurus ADempiere project atau dikenali sebagai Red1 pakar opensource software. ADempiere pencetus revolusi bagi pengguna Open source di mana aplikasi open source ERP beliau mendapat tempat pertama carta SOURCEFORGE. Satu pencapaian membanggakan bagi anak Malaysia. Beliau menyahut seruan kerajaan, Malaysia Boleh..

Aplikasi Open Source ERP

ERP adalah singkatan untuk Enterprise Resource Planning dan digunakan pada proses penyimpanan stok, rangkaian proses pesanan dan jualan, perakaunan dan dokumentasi.

ERP mampu menjimatkan kos dengan penggunakan bahan mentah yang tepat serta tidak membazir dan meningkatkan kecekapan serta produktiviti organisasi.Ini sekaligus dapat meningkatkan kuantiti dan kualiti pengeluaran produk

Untuk maklumat lanjut, terkini dan sensasi, sila layari:-

http://www.red1.org/
http://www.adempiere.com/

Gambar sehari bersama pakar Open Source Red1





Asignment Dr Shahizan : master cam Hands on

Master Cam

Proses Cad(Computer-Aided Design)/Cam (Computer-Aided Manufacturing)merupakan kaedah terkini dalam penghasilan produk. Master Cam Banyak digunakan dalam menggantikan proses tradisional melarik dan mengisar bagi pembangunan produk secara automatik. Kebanyakan industri pembuatan menggunakan peralatan master cam bagi meningkatkan produktiviti. Pelbagai jenis pemotongan dilakukan oleh mastercam bergantung kepada kepersisan dan ketepatan dimensi produk. Mesin Wirecut dan waterjet digunakan untuk produk berukuran toleransi yang tinggi. Mesin mastercam mampu menyokong penggunaan aplikasi 3D CAD software seperti UGS Corp, PTC, Delcam, Planit-Edgecam, OneCNC, GibbsCAM, SurfCAM, CNC(Mastercam) dan BobCAD-CAM bagi proses rekabentuk dan penghasilan produk.

gambarajah di bawah menunjukkan lukisan 2D produk sebelum dimasukkan kepada CAM Software untuk ditukarkan kepada G kod bagi proses pemesinan. G kod menghubungkan 2 aplikasi penting CAD dan CAM. Proses paling penting dalam penggunaan sistem G Kod adalah apabila pertukaran mata alat ketika pemotongan dilakukan secara automatik dari bekas mata alat. Mata alat yang terlibat adalah mata alat bagi gerudi, pengisar dan sebagainya. Ini membolehkan proses rumit seperti menebuk, melarik dan mengisar dapat dilakukan serentak.



Gambar proses Mengisar menggunakan CNC Cad/Cam




En. Hilman menunjukkan kaedah yang betul dan sistematik menggunakan Mesin CNC Cad/Cam




Video Penggunaan CAD/CAM Machnine. Amat berguna untuk pembangunan prototype product bagi projek Master SKIT7

Mini Cad/Cam


High Speed Cad/Cam

Asignment Dr Shahizan: Wireframe

Wireframe untuk Craft Maya menggunakan Smart Draw



Wireframe untuk administator



Wireframe untuk Customer/User

Asignment Dr. Shahizan : CSS (Cascaded Style Sheet)

Sebelum pengunaan CSS.



Selepas pengunaan CSS














Bagus juga dapat tau penggunaan CSS.boleh tukar template friendster sesuka hati, bila2 masa dan di mana jua. mudah kan.CSS..bunyi dah macam CS( Counter Strike).hehe

Asignment Dr Shahizan: flash animation-orang lidi

Proses animasi telah diajar oleh Dr Shahrizal Sunar menggunakan aplikasi Macromedia Flash Professional 8.0. Semua pelajar dikehendaki membuat animasi orang lidi berjalan². tapi orang lidi ni naek kereta sebab sakit kaki xleh nak jalan2.hehe






Ni la antara sebab2 orang lidi ni naek kereta. kalo jalan dah macam Micheal Jackson, kan susah...



Friday, April 10, 2009

Sketch UP Course dah abes..huk huk

Ni gambo2 Student Sketch Up Course Batch 1-3. Batch 4 laen kali aku masukkan. Papepun, kursus ni dah habes dgn jayanya. Aku gembira, sume hepi, kire ok la. Alhamdulillah, berjaya gak aku organize 3D Training Course ni. Pasni leh wat bebanyak banyak banyak lagi...yang membanggakan aku adalah peserta ni kebanyakannya tidak mempunyai asas dalam 3D dan animasi tetapi berjaya mendapatkan ilmu 3D dan animasi dengan jayanya..syabas kepada semua peserta;)


Peserta dari pelbagai peringkat umur dan bangsa..


Peserta dari pelbagai fakulti ; Fakulti kejuruteraan, Fakulti alam bina, Fakulti Pendidikan dll...


Pelajar international UTM pun join kursus ni..bangga;)






Monday, April 6, 2009

3D Modeling Short Course

Company aku ( Duo I ) & Din ( Dveiss ) telah berjaya menjalankan kursus asas 3D Modeling menggunakan Sketch Up Software untuk 1st Batch minggu lepas. Sempat juge kami buat training ni walaupun BZ dgn projek master..Syok betul ngajo foreigner guna software Sketch Up. Berbelit lidah aku ngan Zizi.hehe. Walaupun diorang ni xde asas langsung dalam 3D tapi perfomance diorang mantop..ni antara hasil2 penat lelah diorang selama 2 malam berturut2..

malam pertama....belajar asas menggunakan tool 3D..ini hasilnya..







Malam Kedua.........dah jadi expert budak2 ni.huhu.syabas2!!!






Sunday, February 15, 2009

asignment dr shahizan: Web Template

edit template web...

laman web asal



Laman web yang telAH di edit oleh ismahafezi bin ismail dengan jayanya

Monday, January 19, 2009

bloG aKU

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, dengan izin Ilahi dapat jua saya mengregister blog ini. Wassalamualaikum w.b.t