Friday, April 24, 2009

Asignment Dr Shahizan : ADempiere - Open Source Talk

Open Source Talk

Pada 7 April 2009, Open Source Talk dianjurkan oleh Syarikat Energetic Point Sdn. Bhd telah diadakan di N24 UTM Skudai. Penceramah jemputan adalah Encik Redhuan D.Oon, pengurus ADempiere project atau dikenali sebagai Red1 pakar opensource software. ADempiere pencetus revolusi bagi pengguna Open source di mana aplikasi open source ERP beliau mendapat tempat pertama carta SOURCEFORGE. Satu pencapaian membanggakan bagi anak Malaysia. Beliau menyahut seruan kerajaan, Malaysia Boleh..

Aplikasi Open Source ERP

ERP adalah singkatan untuk Enterprise Resource Planning dan digunakan pada proses penyimpanan stok, rangkaian proses pesanan dan jualan, perakaunan dan dokumentasi.

ERP mampu menjimatkan kos dengan penggunakan bahan mentah yang tepat serta tidak membazir dan meningkatkan kecekapan serta produktiviti organisasi.Ini sekaligus dapat meningkatkan kuantiti dan kualiti pengeluaran produk

Untuk maklumat lanjut, terkini dan sensasi, sila layari:-

http://www.red1.org/
http://www.adempiere.com/

Gambar sehari bersama pakar Open Source Red1





0 comments:

Post a Comment